Isu Pendidikan

Kenyataan iGuru berhubung Pembatalan Mahkamah Kongres Dong Zhong

1. Ikatan Guru – Guru Muslim Malaysia (i-Guru) menyambut baik tindakan mahkamah membatalkan perhimpunan Kongres Dong Zhong membantah tulisan jawi.

2. iGuru menyokong pembatalan tersebut demi keharmonium kaum dan mengelak provokasi yang mengundang kekacauan yang boleh dimanipulasi oleh mana- mana pihak atas kepentingan politik.

3. Tindakan mahkamah sejajar dengan tindakan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang yang membatalkan langkah parti Gerakan untuk menghalang pengenalan tulisan jawi di dalam Buku Teks Tahun 4 tahun 2019.

4. iGuru berharap semua pihak termasuk parti politik dan ngo- ngo perlu akur dan menghormati kedudukan tulisan jawi sebagai warisan dan entiti kebangsaan demi mengangkat martabat Bahasa Melayu.

5. iGuru berpendirian sebarang polemik berkaitan perlu dibawa ke meja perundingan dan dialog permuafakatan antara pihak yang pro, pihak yang kontra dan Kementerian Pendidikan Malaysia.

6. iGuru juga menggesa pihak kerajaan mendengar pandangan dan suara ngo- ngo demi memastikan agenda dan kepentingan nasional diutamakan dari terikat dengan kepentingan politik. Ini kerana suara ngo mewakili kehendak rakyat dan masyarakat bawahan.

7. iGuru akan terus berjuang mempertahankan kepentingan Bahasa Melayu sebagai termaktub di dalam perlembagaan dan Akta Bahasa Kebangsaan sekaligus menjunjung tulisan jawi sebagai identiti bangsa dan aksara negara.

Mohd Azizee Hasan
Presiden iGuru

Back to top button