Isu Pendidikan

Kenyataan Media iGuru berhubung kebenaran pembelajaran Jawi di sekolah Cina dan Tamil.

Kenyataan Media iGuru berhubung kebenaran pembelajaran Jawi di sekolah Cina dan Tamil.

Tarikh : 30 November 2018

iGuru sambut baik keputusan mahkamah tinggi Pulau Pinang.

1. Ikatan Guru- Guru Muslim Malaysia ( iGuru) menyambut baik keputusan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang berhubung kebenaran pembelajaran tulisan Jawi di sekolah- sekolah Cina dan Tamil.

2. iGuru menyakini keputusan ini bertepatan dengan semangat perlembagaan dalam perkara 152 (1a) yang memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan tulisan jawi adalah sebahagian dari maksud tersebut. Ia juga tidak bertentangan dengan Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967.

3. iGuru mengingatkan semua pihak supaya akur dan tidak menimbulkan kebimbangan dan kerunsingan yang boleh menggugat keharmonian kaum serta sikap prejudis yang boleh membawa fahaman rasisme yang mengancam usaha memupuk intergrasi nasional.

4. Hujah yang menyatakan bahawa tulisan jawi satu bentuk islamisasi adalah tertolak. Ia adalah satu seni tulisan sebagaimana mempelajari seni mempelajari kaligrafi cina atau tulisan tamil.

5. Usaha parti politik seperti Gerakan untuk mencabar kedudukan tulisan jawi sebagai satu dari entiti Bahasa Melayu adalah langkah mengubah identiti Bahasa Kebangsaan dan percubaan mencabar status quo Bahasa Melayu.

6. iGuru berkeyakinan penuh bahawa tulisan jawi bukan usaha indotrinisasi agama tetapi satu usaha mengangkat kegemilangan seni penulisan Bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan dan identiti nasional.

Presiden iGuru
Mohd Azizee Hasan

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2019/11/633016/mahkamah-benarkan-pembelajaran-jawi-di-sekolah-cina-tamil

Back to top button