Kenyataan Sokongan Terhadap Cadangan KPPM kepada Pengetua dan Guru Besar berkaitan beban tugas guru.
Kenyataan Sokongan Terhadap Cadangan KPPM kepada Pengetua dan Guru Besar berkaitan beban tugas guru.
1. iGuru menyambut baik cadangan KPPM Datuk Dr Amin Senin agar pengetua dan guru besar tidak membebankan guru dengan kerja-kerja pentadbiran
2. iGuru berharap tumpuan masa guru diberi keutamaan kepada proses kemenjadian murid melalui proses bersemuka dengan para pelajar dan ibubapa. Ia sebagai memenuhi aspirasi Falsafah Pendidikan Negara.
3. iGuru berharap pihak pentadbir membuat kesesuaian arahan kerja mengambil kira kesesuaian sekolah masing-masing tanpa mengorbankan aspek pembangunan manusiawi.
4. Langkah ini diharap dapat mengembalikan semula guru sebagai superhero dan tidak terbeban dengan hal-hal pengkeranian yang membantutkan usaha core bisnes seorang guru iaitu mengajar dan mendidik .
Mohd Azizee Hasan
Presiden iGuru