Kenyataan Wee Ka Siong Cetus Ketegangan Kaum
1. Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (i-Guru) memandang serius dengan kenyataan Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong berhubung dakwaannya terhadap Rakan Siswa YADIM yang menjalankan usaha islamisasi di Sjkc/t dan universiti.
2. iGuru menganggap kenyataan tersebut bersikap celupar dan biadap serta boleh menimbulkan ketegangan kaum.Kenyataan YB Wee Ka Siong adalah bersikap prejudis dan anti agama serta mencabar amarah umat Islam.
3. Sewajarnya YB Wee Ka Siong menerima penjelasan pihak KPM kerana sebarang aktiviti keagamaan tertakluk kepada syarat dan garis panduan yang ditetapkan dan hanya kepada pelajar-pelajar muslim sahaja. Usaha kerjasama strategik antara pihak KPM dan Rakan Siswa YADIM adalah mengukuhkan kefahaman dan jatidiri pelajar muslim selari dengan kehendak perlembagaan perkara 3(1). Ini juga selari dengan slogan yang diperkenalkan oleh YADIM iaitu ‘Fastabiqul Khairat” (Berlumba-lumba melakukan kebaikan).
4. Tindakan kenyataan politik beliau yang meniupkan sentimen keagamaan sempit boleh merosakkan hubungan harmoni antara kaum. Seharusnya ahli-ahli politik negara berfikir untuk memajukan pendidikan negara supaya setanding di peringkat global dari mencetuskan kenyataan yang mengundang perbalahan kaum.
5. I-Guru melihat bahawa sudah tiba pihak kerajaan memikirkan usaha menubuhkan sekolah satu aliran dari mengekalkan sistem pendidikan vernakular bagi mewujudkan rasa kekitaan dan semangat mencintai negara di peringkat usia sekolah rendah.
Mohd Azizee Hasan
Presiden i-Guru.