Kontroversi Tajuk Debat Piala Tun Abdul Razak 2019
Kontroversi Tajuk Debat Piala Tun Abdul Razak 2019
1. Ekoran tajuk perdebatan yang mengundang kontroversi dan menjadi viral di whatsapps ibubapa, Ikatan Guru- Guru Muslim Malaysia ( iGuru) memohon pihak KPM mengambil tindakan sewajarnya kepada pihak penganjur kerana ia mencabar sensitiviti agama.
2. Perbahasan tajuk berkaitan kewajaran homoseksual dan penulisan al- Quran boleh mengundang kerosakan akidah para pelajar jika ia tidak dilatari dengan kefahaman yang betul dan tepat.
3. iGuru melihat usaha ini sebagai proses doktrinisasi pemikiran liberal yang boleh menggugat jatidiri pelajar. Sewajarnya arena debat membincangkan tajuk- tajuk berkaitan polisi- polisi dan dasar- dasar negara yang tidak melibatkan hal- hal yang mencetuskan polimik dan kontroversi.
4. iGuru menyakini debat wadah untuk berhujah dan mengemukakan argumen bagi melahirkan pemimpin berkaliber dan bersemangat patriotik, namun ia tidak wajar menjadi pentas meracuni pemikiran pelajar dengan anasir- anasir liberalisme dan kebebasan tanpa had.
5. iGuru berharap semua pihak yang terlibat perlu mengambil kira sensitiviti agama dan pihak lain demi menjaga keharmonian dan kesejahteraan semua pihak.
Mohd Azizee bin Hasan
Presiden iGuru.