Respon Isu Guru Stress dan Cadangan Menambah Bilangan Kaunselor
Respon Isu Guru Stress dan Cadangan Menambah Bilangan Kaunselor :
1. iGuru sambut baik cadangan pihak KPM untuk menambah kaunselor di PPD bagi mengatasi kemurungan guru.
2. Pada masa yang sama iGuru berharap supaya pihak KPM terlebih dahulu mengenal pasti faktor utama yang menyebabkan stres. Jika tidak ditangani dengan betul dan holistik ia dibimbangi tidak akan memberikan kesan kepada pertambahan bilangan kaunselor.
3. iGuru mencadangkan pihak pentadbir dan pengurus sekolah diberi latihan & kemahiran untuk mengendalikan kes- kes guru stres.
4. iGuru mengesyorkan aspek ketahanan mental dan spritual kepada warga guru diberi penekanan dengan suntikan elemen keagamaan dan kerohanian.
5. iGuru mengharap isu-isu seperti guru duka lara, beban tugas guru dan kemenjadian para pelajar diberi perhatian supaya isu stres ini dapat ditangani dengan sebaiknya.
6. Peranan PIBG melalui sarana ibubapa juga boleh dimanfaatkan bagi mengurangan beban tugas dan tekanan kepada para guru.
Oleh : Presiden i-Guru