Isu Pendidikan
Sekalung tahniah buat Menteri Pendidikan yang baharu
Ikatan Guru- Guru Muslim Malaysia mengucapkan setinggi- tinggi tahniah kepada YB Dr Mazlee bin Malik sebagai Menteri Pendidikan. Semoga masa depan pendidikan kita semakin baik dan cemerlang.iGuru berharap KPM menilai semula pelaksanaan dasar – dasar pendidikan supaya kepentingan pendidikan Melayu terjaga dan pendidikan Islam dimartabatkan. iGuru menuntut supaya pihak KPM tidak mengiktiraf sijil UEC . iGuru bersedia menjadi rakan kerjasama (smart partnership) untuk mengangkat pendidikan kita menjadi pendidikan yang berwibawa dan bertamadun.
Ustaz Azizee bin Hasan, Presiden iGuru