Sidang media bantahan pelaksanaan PPSMI anjuran Persatuan Linguistik Malaysia.
24 Jun 2019
Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (iGuru) di sidang media membantah pelaksanaan PPSMI anjuran Persatuan Linguistik Malaysia.
iGuru menyakini bahawa penguasaan Sains dan Matematik mesti melalui pembelajaran menggunakan bahasa ibunda masing-masing sebagaimana Jepun, Korea dan Jerman yang maju di dalam bidang sains dan teknologi.
iGuru berpendapat penguasaan Bahasa Inggeris perlu ditingkatkan dengan mengambil kita ia sebagai salah satu bahasa utama di dunia dan menjadi syarat pengambilan tenaga kerja.
iGuru membantah usaha mengembalikan semula PPSMI yang akan memangsakan semula anak-anak luar bandar sebaliknya menyokong usaha memperkasa Bahasa Inggeris dengan pendekatan yang lebih interaktif dan efektif serta pengajaran Sains dan Matematik menggunakan bahasa ibunda yang dekat dengan realiti pelajar sesuai dengan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.